Tuesday, August 27, 2019
Assalamualaikum..
Selamat datang ke blog FHKitchen. Blog di mana terhimpun pelbagai resepi yang telah dicuba, dihimpunkan untuk di jadikan sebagai panduan dan rujukan bagi anak-anak dan generasi akan datang.
Hai!!!
Saya Fieda Husain.Saya merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata yang sedang meningkat remaja. Seorang pensyarah, trainer dan traveller. FH Kitchen membawa maksud Fieda Husain Kitchen dan juga Food Heaven Kitchen iaitu dapur saya yang juga merupakan syurga makanan bagi keluarga dan rakan taulan saya. Saya berasal dari Jelapang Padi Malaysia, iaitu Kedah Darulaman yang aman dan makmur, terletak di utara semenanjung. Utara Semenanjung sememangnya terkenal sebagai syurga makanan terutamanya di Kedah dan Pulau Pinang. So heaven kalau dapat jalan-jalan sambil menikmati permandangan yang cantik serta makanan yang menyelerakan.
Setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, blog ini dapat direalisasikan. Impian untuk merelisasikan sebuah blog peribadi bertemakan resepi harian keluarga, hobi dan pengalaman hidup akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya idea untuk mengilhamkan blog ini tercetus atas cadangan rakan-rakan saya, melalui pemerhatian mereka terhadap minat saya dalam dunia masakan, melancong dan kecantikan.
Sehubungan dengan itu, saya berusaha menghimpunkan segala resepi pilihan keluarga, resepi yang sedap di Negara-negara luar yang saya kunjungi, resepi dari koleksi rakan-rakan seperjuangan dan juga resepi dari buku-buku masakan. Hasrat saya agar blog ini dapat menimbulkan minat dan membantu golongan yang baru nak berkecimpung dalam dunia masakan serta memberi manfaat kepada semua golongan. Mudah-mudahan ianya juga menjadi sebagai salah satu bahan rujukan di masa akan datng.
Memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia blogging, masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi. Sudilah kiranya anda semua memberi sumbangan idea, komen, teguran, dan apa sahaja yang sesuai demi memantapkan lagi mutu dan kualiti blog ini.
Maaf dipohon andai ada pandangan, idea atau penulisan dalam blog ini yang tidak disenangi dan dipersetujui.
Sebarang teguran, pandangan atau apa-apa permasalah boleh lah email saya di:
fieyda.husain@gmail.com
Hello my dear readers. My name is Fieda Husain and I'm a Malaysian. I love cooking as much as I love teaching and traveling. So I look around the world, translate and share with you my love and interest, my thoughts and thoughts, my aspirations and my inspiration, my imagination and my feelings through my little virtual window, FHKitchen.
I would love to hear from you any comments, questions or suggestions, please contact me at email: fieyda.husain@gmail.com
Thanks to all your friends and readers for all your support. And thank you very much for visiting this little blog.
Enjoy ...
Subscribe to:
Comments (Atom)